web counter

BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 13, 2010

revolusi perniagaan inteenet

Dalam setiap perniagaan yang kita jalankan, promosi adalah harus. Promosi adalah bertujuan untuk menarik pelanggan. Tanpa promosi dan pelanggan, perniagaan kita tidak akan kemana-mana. Oleh itu, dalam perniagaan online yang kita sertai, kita perlulah memilih perniagaan yang terbaik.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih perniagaan online yang terbaik untuk kita adalah:

1) Produk yang hebat
Setiap perniagaan internet, perlulah ada produk untuk menarik pelanggan. Haruslah kita pastikan bahawa produk tersebut adalah sesuai untuk semua, mudah digunakan, dan berbaloi dengan wang yang kita laburkan.

2) Modal yang bersesuaian
Untuk memilih perniagaan online, modal adalah perkara yang akan diperhatikan dahulu. Pastikan modal yang diperlukan adalah bersesuaian. Semua perniagaan online memerlukan kerja yang sama, iaitu promosi. Jika modalnya bersesuaian, kemungkinan besar pelanggan lebih mudah tertarik untuk menyertai perniagaan yang kita lakukan.

3) Peluang pendapatan
Berapa pendapatan yang boleh kita peroleh dengan perniagaan kita? Pastikan bonus-bonus yang perniagaan tersebut tawarkan tidak membebankan kita untuk memperolehnya.

Tiga perkara atas adalah yang penting untuk kita memilih perniagaan online kita. Oleh kerana kebanyakan perniagaan online memerlukan kerja yang sama iaitu promosi, maka adalah sangat penting untuk kita memilih perniagaan yang sangat-sangat sesuai.

0 comments: