web counter

BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 14, 2009

DUIT INTERNET

Anda telah mencuba cara buat duit internet dengan membuat promosi secara percuma? Kali ini kita akan mengetahui 9 lagi cara mempromosikan program affiliate yang disertai dengan lebih cepat dan berkesan.

9 cara membuat promosi dengan cepat dan berkesan (berbayar)

1. Google Adwords

Iklan kita diletakkan pada keputusan carian Google, Google Directory, Google Groups, dan Google Partner. Kita akan menanggung sejumlah kecil kos apabila pengguna internet mengklik link kita. Sila mendaftar akaun Google Adwords melalui:

· Google Adwords: http://www.google.com/ads

· Google Groups: http://www.google.com/grphp

2. Enjin carian Pay Per Click

Kita membuat bidaan kata kunci dan membayar harga bidaan itu setiap kali pelawat klik pada link bagi memasuki website kita. Layari website berikut bagi membuka akaun Pay Per Click;

· http://overture.com

· http://findwhat.com

· http://kanoodle.com

· http://searchfeed.com

3. Yahoo Listing

Yahoo masih berada pada nombor satu mengikut ranking yang dibuat oleh Alexa. Jadi, kita boleh menggunakan listing berbayar di Yahoo untuk menambahkan trafik ke website kita.

4. Google Premium Sponsorship

Kita membeli ruang iklan yang berpoensi pada enjin carian dan dikenakan caj berdasarkan Cost per Thousand Impressions (CPM). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana CPM ini beroperasi, layari http://google.com.

5. Iklan melalui e-Zine

Beribu-ribu e-Zine berada di internet pada masa kini. Oleh itu, mengiklankan di e-Zine adalah cara yang efektif menarik pelanggan ke website kita. Dapatkan e-Zine di website berikut;

· http://www.bestezines.com

· http://directoryofezines.com

· http://e-zinez.com

6. Bina Opt-In

Teknik Opt In digunakan bagi mengumpulkan maklumat seperti alamat e-mel pelawat website kita. E-mel pelawat-pelawat ini disimpan bagi tujuan mempromosikan produk pada masa hadapan. Dapatkan sistem Opt In melalui;

· http://aweber.com

· http://getresponse.com

7. Menggunakan e-Zine

Carilah e-Zine yang menarik dan siarkan pada website kita. Pastikan e-Zine sentiasa diganti dengan yang terkini supaya pelawat sentiasa kembali ke website kita.

8. Menggunakan website lelongan

Di website lelongan, kita boleh menjual rencana dengan harga yang murah. Jika kita mempromosikan produk kesihtan contohnya, tulislah rencana pendek tentang khasiat produk kesihatan yang diwakili dan jangan lupa masukkan link affiliate kita dalam rencana itu. Sertailah website lelongan seperti;

· http://www.ebay.com

· http://bidz.com

· http://auctions.shopping.yahoo.com

9. Site submission

Terdapat beratus-ratus enjin carian dan tidak mungkin kita dapat membuat site submission ke semua enjin carian secara manual. Jadi, gunakanlah perisian seperti Web Position Gold. Perisian ini akan menghantar website kita ke enjin carian secara automatik.

9 cara berbayar yang diterangkan ini memerlukan kita mengeluarkan sedikit perbelanjaan. Walaubagaimanapun, kita akan memperoleh pulangan yang jauh lebih tinggi daripada perbelanjaan yang dikeluarkan itu.

Sebenarnya terdapat 247 cara untuk mempromosikan produk affiliate kita. Di blog ini saya hanya sebutkan 9 cara percuma dan 9 cara berbayar. Sila klik di sini untuk mengetahui cara yang selebihnya.

CARA BUAT DUIT

Kali ini saya akan membincangkan cara buat duit internet. Maksud saya, bagaimana cara untuk mempromosikan program affiliate yang disertai.

9 cara membuat promosi secara percuma.

1. Joint Venture

Cuba tawarkan kerjasama bersama usahawan yang mempunyai reputasi dalam bisnes internet dengan meminta mereka mempromosikan produk kita kepada pelanggan mereka. Layari http://www.jvAlert.com. untuk projek kerjasama ini.

2. Menulis e-Zine

Tulis apa sahaja rencana berkaitan dengan produk yang dapat menarik pelawat ke website kita dan pastikan link affiliate kita dimasukkan. Antara website yang boleh kita hantar e-Zine secara percuma ialah;

· http://groups.yahoo.com/group/article_announce

· http://groups.yahoo.com/group/free-content

· http://www.ideamarketers.com

· http://www.marketing-seek.com

3. Forum dan Group

Daftarkan diri terlebih dahulu sebagai ahli forum atau group. Kemudian, turut serta dalam perbincangan group atau forum tersebut dan tinggalkan alamat website pada signature kita setiap kali menulis di laman forum atau group.

4. Pertukaran banner

Kita saling bertukar banner dengan pemilik website yang lain. Tindakan ini membantu menghantar pelawat ke website masing-masing.

5. Menggunakan signature pada e-mel

Signature adalah butiran yang dimasukkan pada bahagian bawah e-mel kita. Contoh signature yang boleh dimasukan ialah nama kita, alamat website dan nombor telefon. Jadi setiap kali kita menghantar e-mel kepada kawan kita, mereka akan dapat melihat e-mel kita beserta signature yang telah dimasukan.

6. Menggunakan blog

Pelajari cara mudah membina blog di http://www.blogger.com. Tulis cerita menarik di blog kita dan letakkan link pada blog ini bagi membantu membawa pelawat ke website kita.

7. Myspace dan Friendster

Daftar ke dalam program-program ini dan jemput rakan kita supaya melawat website kita.

8. Guna FireFox dan pasang Video Downloader

Dapatkan Cyberlink Power Director atau Camtasia Studio 6 di www.download.com. Kemudian, download video-video menarik daripada YouTube. Labelkan video berkenaan dan masukkan alamat website kita pada video berkenaan. Selepas itu, upload kembali video ke YouTube.

9. Menggunakan teknik Search Engine Optomazation (SEO)

Ikuti setiap garis panduan di http://www.seobook.com bagi mendapatkan maklumat bagaimana menggunakan teknik SEO ini.

Tunggu! Ada lagi 9 cara membuat promosi dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Sila rujuk post yang seterusnya.

BUAT DUIT INTERNET

Untuk tambah pendapatan dan buat duit internet, di sini saya cadangkan 5 cara bagi menilai produk atau perkhidmatan.

1. adakah produk atau perkhidmatan yang hendak dipromosi berkaitan dengan website kita?

Contohnya website kita berkaitan memancing, produk yang sesuai adalah seperti rod, joran, tali, mata kail dan lain-lain.

2. adakah website yang diwakili menarik?

Pastikan website tersebut professional dan menarik. Jika tidak, pelanggan akan memandang rendah kredibiliti kita seterusnya mengakibatkan bisnes kita terjejas.

3. adakah program affiliate ini mempunyai pelan yang menarik?

Jika kita sendiri tertarik dan mempunyai keinginan membeli produk itu, kita boleh pertimbangkan untuk menyertainya. Pertimbangkan juga apabila produk dijual pada harga yang berpatutan dan memuaskan.

4. adakah kita membeli dan menguji sendiri produk?

Ada baiknya kita mencuba dahulu produk itu sebelum dipromosikan kepada pelanggan. Dengan ini, kita menjadi lebih mahir dan mengetahui kekurangan dan kelebihan produk yang diwakili.

5. adakah syarikat menyediakan perkhidmatan selepas jualan?

Pastikan syarikat menyediakan perkhidmatan yang baik selepas jualan. Hal ini sangat penting kerana jika pelanggan tidak berpuas hati dengan produk, kita juga yang akan dipersalahkan.

TAMBAH PENDAPATAN

Ramai orang yang mahu tambah pendapatan melalui internet tetapi tidak tahu cara mudah untuk memulakannya. Jawapannya ialah blogging. Kita membuat blog dan kita juga dapat menghasilkan duit mudah dengannya.

Salah satu masalah utama kita apabila blogging ialah kita tidak tahu apa untuk ditulis atau tidak tahu bagaimana hendak menulisnya. Berikut ialah 3 jalan penyelesaiannya;

1. Ramai affiliate yang kurang suka menulis atau mempunyai masalah untuk menulis blog akan mengupah ghostwriter bagi menulis di blog mereka.

2. Sesetengah yang lain tidak mampu mengupah ghostwriter. Jadi mereka akan berusaha mencari sesiapa sahaja yang sanggup menulis di blog mereka dengan percuma. Lazimnya orang yang sanggup menulis dengan percuma akan meletakkan link ke blog mereka pada artikel yang ditulis percuma untuk kita.

3. Yang selebihnya akan membuat kajian tentang subjek artikel yang mahu ditulis untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan buat pengisian blog mereka.



Antara beberapa kaedah bagi membolehkan kita tambah pendapatan ialah dengan melawat blog lain dan tinggalkan komen di blog mereka beserta link ke blog kita. Selain itu, meletakkan iklan Google Adsense dan affiliate link dalam blog kita juga dapat tambah pendapatan.

Oleh itu, selamat blogging dan mudah-mudahan anda dapat tambah pendapatan dengannya.

DUIT MUDAH

Kita berpendapat mencari duit mudah melalui internet adalah mudah kerana kita hanya perlu bekerja dari rumah. Namun, mencari duit mudah menjadi susah apabila kita tidak mempunyai pengetahuan mengenai bisnes internet. Salah satu cara yang disarankan untuk mencari duit mudah melalui internet ialah melalui affiliate marketing.

Terdapat 3 cara bagaimana program affiliate ini dijalankan atau ditawarkan kepada kita iaitu;

1. Pay-Per-Sale (PPS)

Juga dikenali sebagai program Partnership dan Percentage Partner. Komisyen kita dikira berdasarkan jumlah jualan yang dihasilkan mengikut kiraan peratusan (%) daripada harga produk ataupun dikira berdasarkan nilai tetap. Merchant menggunakan cara ini untuk meningkatkan hasil jualan atau perkhidmatan mereka.

2. Pay-Per-Lead (PPL)

Cara ini digunakan oleh merchant kerana mereka berhasrat mendapatkan senarai prospek dengan cepat. Kita dibayar komisyen berdasarkan senarai prospek yang mendaftar ke dalam sistem website merchant. Pada kebiasaannya, prospek akan diminta mengisi maklumat yang diperlukan oleh merchant.

3. Pay-Per-Click

Menerusi kaedah ini, kita dibayar komisyen apabila terdapat pengguna internet yang mengklik link website merchant yang diletakkan pada site kita.

BEKERJA DARI RUMAH

Pada kali ini saya akan membawa anda berfikir tentang kemungkinan masa depan kita yang tidak diduga. Cuba kita bayangkan, pada setiap minggu kita melakukan rutin seperti biasa, setiap hari Isnin hingga Khamis kita pergi kerja dan balik kerja, selepas pulang kerja, kita berehat di rumah dan tidur awal untuk bersedia pergi kerja esok hari. Manakala hari minggu pula kita menghabiskan masa bersama keluarga atau kawan-kawan, melepak, berjalan-jalan, membeli-belah dan sebagainya. Rutin seperti ini berulang-ulang pada setiap minggu.

Namun pada suatu hari sewaktu kita dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiba-tiba suatu kejadian yang tidak diduga telah berlaku. Sebuah treler yang dipandu laju datang ke arah kita dan melanggar kita. Sejurus selepas itu kita terbaring di atas jalan raya tidak sedarkan diri. Sedar-sedar sahaja, kita sudah berada di hospital. Kita memerhatikan sekeliling…memang sah! Inilah hospital. Kita memerhatikan pula tubuh kita…lebam-lebam dan berbalut pada sebahagian tempat. Kemudian kita menyelak selimut untuk melihat anggota badan bahagian bawah…AIK?! MANA KAKI? Kita memerhatikan betul-betul..ARGGHH…!! MEMANG TIADA KAKI!! Rupanya kaki kita terpaksa dipotong dan kita juga mengalami komplikasi-komplikasi yang lain.

Sejak dari hari itu, rutin mingguan kita telah berubah. Kita tidak lagi ke tempat kerja kerana ketiadaan kaki serta mengalami beberapa komplikasi. Kita hanya duduk di rumah 24 jam sehari 7 hari seminggu. Punca pendapatan kita telah hilang. Kaum keluarga rasa terbeban kerana terpaksa berkongsi pendapatan mereka untuk menyara kita. Bagaimana kita dapat sara hidup sendiri sedangkan kita tiada kaki dan sakit? Dapatkah kita bekerja dari rumah?

Memang tiada siapa yang mahu kejadian malang itu berlaku. Saya bukanlah menyuruh kita merisaukan masa depan apatah lagi mendoakan kejadian malang berlaku. Saya cuma menyarankan agar kita berfikir untuk merancang sesuatu sebelum keadaan tidak diingini benar-benar berlaku. Sebagaimana kita mengambil insuran kebakaran, jika rumah kita terbakar, sekurang-kurangnya berkuranglah sedikit beban kita mencari rumah baru setelah pihak insuran membayar pampasan.

Saya tertarik membaca suatu berita tentang seorang gadis India yang lumpuh dan terpaksa berada di atas katil sepanjang masa tetapi dalam masa yang sama beliau dapat menjana pendapatan lumayan pada setiap bulan. Beliau menjana pendapatan dengan hanya membeli buku tentang saham, membaca buku tersebut, dan bermain saham menerusi internet.

Selepas membaca berita tersebut, saya mula terfikir…jika saya juga lumpuh sepertinya, bagaimana saya dapat sara hidup sendiri? Bermula dari titik tolak inilah saya mula mempelajari cara cari duit dari internet. Saya berazam tidak mahu membebankan orang lain dan akan cuba menyara hidup sendiri.

Kesimpulannya, andaikata kita tidak terdaya lagi untuk keluar rumah, bekerja dari rumah menjadi 100% kepentingan bagi kita.

DUIT DARI INTERNET

Sebelum ini kita mempelajari cara cari duit dari internet yang berkaitan pemilihan produk dan sekarang kita akan mempelajari cara cari duit yang berkaitan pemilihan program affiliate.

2. pemilihan program affiliate

Program affiliate yang berkualiti mempengaruhi pendapatan yang diperolehi dari internet. Oleh itu, kita perlu mengetahui lebih lanjut berkenaan program affiliate yang ingin disertai. Antara 20 soalan yang boleh ditanya kepada syarikat yang bakal diwakili ialah;

1. adakah syarikat mempunyai reputasi yang baik?

2. adakah terdapat perjanjian bagi program affiliate?

3. apakah syarat-syarat perjanjian itu?

4. bolehkah kita membatalkan perjanjian dan bagaimana hendak melakukannya?

5. adakah website kita layak menyertai program affiliate?

6. adakah kita dikenakan sebarang yuran keahlian?

7. adakah program ini eksklusif?

8. bagaimana cara program ini dijalankan?

9. berapa banyak komisyen dibayar?

10. adakah kita memperoleh kredit bagi jualan ulangan?

11. adakah komisyen kita dibayar sepanjang hayat?

12. adakah program ini 2-Tier?

13. adakah cookies digunakan bagi menjejaki jualan yang dibuat?

14. adakah laporan jualan dalam masa sebenar (Real Time Report)?

15. adakah program ini menyediakan bahan pengiklanan?

16. adakah terdapat Co-Branding?

17. bilakah kita mendapat bayaran?

18. bagaimanakah kita mendapat bayaran?

19. adakah syarikat menggunakan Third Party Billing?

20. adakah bayaran minimum bagi komisyen?

Carilah jawapan kepada 20 soalan tersebut di website syarikat. Periksa website syarikat sekiranya ada ruangan soalan yang selalu ditanya (FAQ). Sekiranya tiada jawapan kepada soalan kita, hubungi syarikat melalui e-mel atau telefon. Tanya soalan yang ingin ditanya dan tunggu respon dari pihak syarikat. Jika tidak menerima apa-apa jawapan daripada syarikat, lupakan sahaja syarikat itu. Masih banyak lagi syarikat yang boleh kita wakili.

CARA CARI DUIT

Untuk mengetahui cara cari duit di internet, ada 2 perkara yang perlu diambil kira iaitu pemilihan produk dan pemilihan program affiliate.

1. pemilihan produk

Untuk memilih produk yang sesuai, beberapa soalan yang perlu ditanya kepada diri sendiri ialah:

a. Berapakah harga produk tersebut dan berapa komisyen yang dibayar?

· Carilah produk yang mempunyai komisyen yang berpatutan bagi memastikan usaha anda tidak sia-sia. Jika kita menyertai program affiliate Pay-Per-Sale, adalah lebih baik jika kita memilih produk yang tinggi harganya.

b. Adakah ‘Sales Page’ produk tersebut efektif?

· Cuba lawati website yang mempromosikan produk tersebut dan pastikan promosinya berkesan. Pilih produk yang mempunyai ‘Sales Page’ yang boleh meyakinkan orang lain membeli produk tersebut.

c. Adakah produk berkenaan mempunyai pasaran?

· Kita boleh menilai ‘popularity’ sesuatu produk melalui jumlah pendapatan jualan dan bilangan affiliate bagi produk tersebut.

Langkah-langkah detail bagi membuat pemilihan produk yang sesuai ada saya nyatakan pada artikel jana pendapatan. Manakala cara pemilihan program affiliate sila baca artikel seterusnya.

CARI DUIT DI INTERNET

Kita masih ingin mengetahui cara cari duit di internet yang seterusnya? Cara 1 dan cara 2 saya sudah bincangkan, kini tibalah pula saya membincangkan cara ketiga pula.

CARA 3: Menjual produk milik orang lain

Cara ini juga disebut affiliate marketing atau program affiliate. Secara peribadi, saya paling suka cara ni sebab kalau kena caranya, ia akan mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada kita. Melalui program affiliate, kita bertindak sebagai jurujual siber kepada produk-produk yang terdapat di internet. Dalam program ini, si jurujual atau kita disebut sebagai ‘affiliate’ manakala pihak pemilik produk tersebut disebut ‘merchant’. Jika kita berjaya membawa kepada penjualan produk tersebut, kita akan mendapat komisyen mengikut kadar yang telah disepakati.

Ramai orang kita cari duit di internet dan telah menjadi jutawan dengan cara ketiga ini. Oleh itu, dalam blog ini, saya lebih menekankan cara ketiga ini untuk kita menuju ke satu destinasi iaitu dapat duit yang banyaaaaaak.. anda boleh ikuti blog saya untuk mendapatkan informasi, panduan dan rahsia tentang bisnes online, langkah-langkah dan teknik-teknik yang mudah dan berkesan untuk memajukan bisnes online kita, dan banyak lagi.

DUIT DI INTERNET

Pada artikel saya yang bertajuk cari duit internet, saya ada menyebutkan cara pertama iaitu menjual produk kita sendiri. Sekarang saya akan memberitahu cara yang kedua pula.

CARA 2: Memasang iklan di blog @ web kita

Cara ini lebih mudah. Kebanyakan dari kita mahu memperoleh duit di internet menggunakan cara ini bukan? Salah satu pihak yang terkenal menawarkan iklan dengan cara sebegini ialah Google Adsense. Namun begitu, sebilangan rakyat Malaysia kurang gemar dengan Google Adsense kerana masalah bahasa. Ada yang cuba mendaftar dengan Google Adsense berkali-kali tetapi tetap gagal. Kenapa? Kerana ‘unacceptable language’. Blog mereka 100% berbahasa Melayu!

Sebagai alternatifnya, lahirlah Nuffnang. Nuffnang amat sesuai bagi mereka yang agak ‘elergic’ dengan Bahasa Inggeris.

Antara Adsense dan Nuffnang, saya lebih menyarankan anda daftar dengan Adsense kerana pendapatan dari Adsense lebih lumayan. Bagi saya, bahasa tidak menjadi masalah, asalkan kita bijak berfikir. Saya ada tipsnya di sini bagaimana hendak memohon Adsense tanpa direject;

Tips 1: Anda tulislah setiap post anda sesuka hati dalam BM pun, tapi dalam ruangan ‘description’, anda tulis dalam BI.

Tips 2: Anda boleh publish post 100% dalam BI tanpa perlu pandai BI malah tak payah tulis post pun. Tips yang kedua ni lebih mudah diterima oleh Adsense berbanding tips pertama. Macam mana tu ekk?? Nak tahu rahsianya, klik di sini…

Jika kita masih kurang berkenan menggunakan 2 cara yang telah disebutkan, jangan bimbang. Ada lagi caranya. Saya akan sebut cara tersebut pada post yang seterusnya.

CARI DUIT INTERNET

Sebelum ini kita telah mengetahui 3 hasil berbeza yang bakal kita dapat setelah buat duit online. Kali ini saya ingin berkongsi beberapa cara cari duit internet.

CARA 1: Menjual produk kita sendiri

Produk terbahagi kepada 2 jenis;

  1. produk fizikal – iaitu produk-produk yang boleh disentuh contohnya tudung, kamera, novel, perabot, dll.
  2. produk digital – contohnya e-buku, perisian komputer, dll.

Cara ini agak rumit untuk dilakukan, lebih-lebih lagi bagi kita yang masih berada pada tahap permulaan. Mengapa? Sebab menjual produk sendiri secara online agak memakan masa, banyak perkara yang perlu diuruskan dan memerlukan kita menjadi seorang yang berkredibiliti dan expert dalam bidang internet. Kalau tiada ilmu internet, comfirm produk kita tidak laku. Keuntungan dari cara ini adalah hasil jualan milik kita 100%.

Cara yang seterusnya saya akan sebutkan pada post yang seterusnya.

BUAT DUIT ONLINE

Anda sedang mencari cara buat duit online untuk jana pendapatan? Mungkin sebelum ini kita pernah dijanjikan mendapat pendapatan lumayan oleh bermacam-macam pihak di internet. Contohnya saya ada terbaca satu artikel yang menjanjikan saya akan dapat buat duit online pada setiap bulan dengan hanya memasukkan RM10 ke dalam akaun dia dan mempromosikan artikel tersebut kepada yang lain. Persoalannya, produk atau khidmat apa yang ditawarkan? Tiada! Inilah yang dinamakan perniagaan atas angin. Dari sisi Islam pun, bentuk perniagaan sebegini tidak sah. InsyaAllah pada post-post yang akan datang saya akan mengulas lebih lanjut tentangnya dalam kategori MLM.

Berbalik kepada tajuk asal, kita tentunya memilih untuk buat duit online kerana memikirkan kelebihan-kelebihan perniagaan internet berbanding perniagaan outline. Apabila pertama kali kita ditawarkan dengan kemungkinan dapat buat duit online, serta-merta kita jadi excited. Kita jadi excited kerana kita mengandaikan bahawa cara buat duit online terlalu senang dan tidak memerlukan banyak pengetahuan. Sebenarnya andaian ini sememangnya salah!

Cara buat duit online bukanlah semudah ABC. Mungkin ada lagi DEFGHI dan seterusnya. Golongan yang menceburkan diri dalam perniagaan internet mendapat 3 hasil yang berbeza. Jom kita baca contoh ujikaji di bawah;

Eksperimen terhadap golongan yang baru menceburkan diri dalam bisnes internet.

o Objektif: Mengkaji hasil pendapatan yang diperoleh golongan yang baru menceburkan diri dalam bisnes internet.

o Tempoh ujikaji: Sebulan

o Bahan ujikaji: Joyah, Gayah dan Minah.

o Pembolehubah malar: Jenis produk dan syarikat yang diwakili, masa yang diberikan untuk menjual produk, dan penjualnya iaitu Joyah, Gayah dan Minah (mereka semua pada awalnya tidak tahu apa-apa tentang bisnes internet).

Eksperimen dimulakan serentak apabila Joyah, Gayah dan Minah menyertai Syarikat ABC pada masa yang sama. Semua kelengkapan mempromosikan produk diberikan sama-rata. Tugas mereka ialah mempromosikan produk X. Syarikat ABC akan memberikan komisyen **% untuk satu produk yang berjaya dijual.

Setelah tempoh sebulan ujikaji sudah tamat, tibalah masa untuk mengetahui keputusannya. Keputusannya adalah seperti berikut:

Hasil pendapatan selepas sebulan

Joyah

RM 0

Gayah

RM 200

Minah

RM 10,000

Pelik.. pada mulanya mereka semua tidak tahu apa-apa tentang bisnes internet tapi mengapa hasilnya berbeza-beza? Kalau anda perasan, ada satu pembolehubah yang saya tidak tulis iaitu pembolehubah manipulasi. Apa pembolehubah manipulasinya?....iaitu strategi yang digunakan untuk mempromosikan produk. Strateginya adalah seperti berikut;

  • Joyah mempromosikan produk dengan hanya meletakkan link dan banner produk syarikat tersebut di blognya. Isi kandungan blognya tiada kaitan langsung dengan produk tersebut.

  • Gayah mempromosikan produk dengan sentiasa menjadi blog walker. Dia menjemput blogger-blogger lain datang ke blognya untuk meninjau produk jualannya. Isi kandungan blognya bersangkut-paut dengan produk itu dan dia juga meletakkan link dan banner produk itu di blognya. Antara pelawat-pelawat yang dijemput Gayah ke blognya, ada yang membeli produk tersebut dan ada yang tidak membelinya.

  • Minah kadang-kadang sahaja menjadi blog walker. Isi kandungan blognya berkaitan dengan produk itu dan dia meletakkan link dan banner produk itu di blognya. Setiap hari berpuluh-puluh orang pelawat baru datang ke blognya tanpa Minah kenal siapa mereka. Kebanyakan dari pelawat-pelawat baru tersebut akan membeli produk tersebut tanpa banyak soal.

Sekiranya kita juga baru menceburkan diri dalam bisnes online, adakah kita ini Joyah, Gayah atau Minah?

    • Jika kita ialah Joyah, maka pendapatan kita adalah RM 0 sepanjang masa atau mengambil masa yang lama untuk mendapat pendapatan seperti Gayah.
    • Jika kita ialah Gayah, pendapatan yang kita dapat ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tidak menjadi blog walker, maka susahlah kita mendapat pendapatan.
    • Jika kita ialah Minah, kita akan mendapat pendapatan lumayan malah semakin bertambah dari semasa ke semasa. Kita tidak kisah belajar lebih mendalam tentang bisnes internet serta merancang dan bertindak mengikut strategi sebelum melihat hasil yang menakjubkan pada masa akan datang.

Sebenarnya selain menulis isi kandungan blog tentang produk tersebut dan meletakkan link dan banner pada blog, Minah telah bertindak mengikut suatu strategi rahsia yang ternyata berkesan dan mendapat hasil yang menakjubkan tanpa mengeluarkan duit sesen pun! Nak tahu apa strategi rahsia tersebut? Kita teruskan ikuti blog ini dari semasa ke semasa.

DUIT ONLINE

Kita semua inginkan banyak duit online. Jika anda belum ada produk untuk dijual, sila baca artikel saya yang bertajuk jana pendapatan. Dalam artikel jana pendapatan, anda boleh mempelajari cara mengenalpasti produk yang berpotensi untuk dijual. Setelah mengenalpasti produk yang berpotensi untuk dijual, kita bolehlah meneruskan rancangan untuk buat duit online.

Kebanyakan dari kita yang baru berjinak-jinak dengan bisnes internet tidak bertindak dengan bijak, terlalu terburu-buru dan melakukan tindakan yang kabur. Mengapa saya berkata demikian?

Ramai dari kalangan kita yang sebaik sahaja sudah memilih produk untuk dijual contohnya vespa, kita akan membuat website atau blog untuk mempromosikannya. Dalam website atau blog ini, kita menulis tajuk mengikut cita rasa kita contohnya ‘jom mengembara’, ‘pengalamanku’, ‘barang baik punya’, ‘belilah produkku ini’, dan sebagainya. Isi kandungan pun kita tulis sesuka hati. Jika kita menulis tajuk dan isi kandungan seperti ini, adakah produk vespa kita akan laku?

Cuba bayangkan bahawa website atau blog kita adalah sebuah kedai, manakala tajuk website atau blog kita merupakan nama perniagaan yang terpampang besar di hadapan kedai. Kita menjual vespa dan dalam masa yang sama Abu juga menjual vespa. Kita meletakkan nama perniagaan ‘jom mengembara’ manakala Abu meletakkan nama perniagaan ‘vespa antik’. Hendak dijadikan cerita, Pak Ali adalah seorang peminat vespa dan ingin membeli vespa. Pak Ali pun merayau-rayau mencari kedai yang ada menjual vespa kerana beliau tidak tahu kedai mana satu yang menjual vespa. Antara kedai yang kelihatan di kejauhan ialah kedai ‘jom mengembara’ di sebelah kanannya dan kedai ‘vespa antik’di sebelah kirinya. Sekiranya kita adalah Pak Ali, tanpa berfikir panjang kita akan terus ke kedai ‘vespa antik’ kerana kita fikir jika nama kedai ada tertulis perkataan ‘vespa’, maka sudah tentu kedai tersebut menjual vespa. Sebaliknya kita tidak tahu kedai ‘jom mengembara’ menjual barangan apa kerana nama kedai tersebut langsung tidak menggambarkan barang yang dijual di kedai itu. Anda sudah faham maksud saya?

Dalam dunia internet, terdapat 3 golongan manusia, iaitu golongan yang menjual khidmat atau produk, golongan yang ingin membeli khidmat atau produk, dan golongan yang hanya mencari informasi. Bagi menjalankan bisnes internet, sasaran kita mestilah jelas; kepada siapa kita mahu menjual produk tersebut? Sudah semestinya kepada sesiapa yang mahu membeli produk tersebut! Jika kita mahu mengail ikan, letaklah umpan makanan yang disukai ikan, takkan pula kita nak letak umpan makanan kegemaran kita.

Sunday, December 13, 2009

JANA PENDAPATAN

Bagi merealisasikan impian menjadi jutawan internet, kita mestilah bijak menjana pendapatan. Tanpa tindakan kita untuk jana pendapatan, impian tersebut akan terkubur begitu sahaja.

Antara perkara penting yang perlu difokus untuk kita jana pendapatan ialah mencari produk yang benar-benar berpotensi dijual di pasaran. Bagaimana caranya? Ikuti 10 langkah mencari produk yang dapat jana pendapatan kita;

1. layari http://www.clickbank.com

2. klik pada ‘Marketplace’.

3. pada bahagian ‘category’, pilih ‘Marketing & Ads’. Berikut adalah contoh paparannya;

4. tukarkan beberapa perkara seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas dan klik ‘GO’.

5. seterusnya, kita diberikan senarai produk di bahagian bawah.

Ini adalah maklumat yang cukup berguna bagi menentukan produk yang bakal dipilih. Dalam ‘Marketplace’ ini, produk disenaraikan mengikut ranking ataupun productivity score. Jika kurang faham, anda digalakkan membaca mengenainya di http://www.clickbank.com/info/ranking.html:

6. fokus kepada bahagian Gravity yang menunjukkan jumlah jualan yang diperoleh oleh wakil syarikat atau affiliates. Gravity 100 dan ke atas menunjukkan produk itu boleh dijual. Oleh itu, pilihlah satu produk yang tersenarai yang mempunyai Gravity 100 ke atas.

7. gunakan Alexa ranking bagi melihat kedudukan jualan produk pilihan kita.

Perlu diingat, kita harus memeriksa terlebih dahulu sambutan terhadap produk itu.

8. pergi ke https://adwords.google.com/select/keywordToolExternal.

9. taip nama produk pilihan kita pada bahagian ‘Enter one keyword or phrase per line:’ dan klik ‘Get keyword ideas’. Gambarannya seperti berikut;

10. double click ‘Advertiser Competition’. Ia akan menyenaraikan perkataan berkaitan produk itu yang kurang saingan. Perkataan yang kurang saingan bermakna tidak ramai yang menjual produk tersebut. Perhatikan rajah di bawah;


Lihat pada bahagian ‘Advertiser Competition’. Jika warna putih lebih banyak dari warna hijau bermakna produk tersebut mempunyai banyak saingan iaitu ramai yang telah menjual produk tersebut. Sekiranya ramai yang menjual produk tersebut, pasti sukar bagi kita jana pendapatan kerana persaingan antara penjual produk yang hebat. Jika sebaliknya yang berlaku seperti yang ditunjukkan rajah bawah;

Kita lihat pada senarai yang pertama, warna hijau lebih banyak dari warna putih. Sebaliknya pada senarai yang kedua, warna hijau kurang dari warna putih. Ini bermakna tidak ramai penjual produk yang mengunakan perkataan ‘buy kindle’ untuk mempromosikan produk mereka iaitu kindle, sebaliknya lebih ramai penjual produk yang menggunakan perkataan ‘buy kindling’ untuk mempromosikan kindle mereka.

Kita beralih pula pada bahagian ‘Global Monthly Search Volume’. Bahagian ini menunjukkan jumlah orang yang membuat carian terhadap produk tersebut. Jumlah orang yang menaip perkataan ‘buy kindle’ adalah lebih ramai dari jumlah orang yang menaip perkataan ‘buy kindling’ untuk mencari produk kindle.

Dalam perniagaan internet, kita hendaklah menjual produk yang paling kurang saingan tetapi mempunyai permintaan tinggi. Jika tidak, kita akan tertewas dalam persaingan malah produk yang dijual kita juga tidak laku.

Berdasarkan contoh di atas, kita hendaklah mengambil perkataan yang kurang digunakan oleh penjual produk tetapi ramai yang menaip perkataan tersebut untuk mencari produk itu. Kita boleh mengaplikasikan contoh ini untuk mencari produk yang dapat jana pendapatan kita.


JUTAWAN INTERNET

Jutawan internet.. Ramai yang mengimpikannya. Untuk mencapai gelaran ini bukannya mudah. Jutawan internet bermakna seorang yang telah memperoleh pendapatan lumayan sehingga mencecah 5 angka seminggu.

Jutawan internet mempunyai matlamat yang jelas. Mereka mempunyai beberapa prinsip hidup yang mudah. Mereka sanggup bersusah-susah dahulu sebelum mengecapi kesenangan pada masa akan datang.

Namun, mengapa ramai orang biasa seperti kita yang sukar mencapai gelaran jutawan internet? Di sini saya bongkarkan 12 prinsip jutawan untuk kita ikuti bersama;

1. merancang kejayaan.

Mereka menyematkan matlamat jumlah pendapatan yang diperlukan, jumlah yang perlu disimpan di bank setiap tahun, dan jumlah modal yang diperlukan untuk persediaan persaraan. Mereka menulis jumlah-jumlah tersebut dengan jelas kerana ia menjadi asas untuk tindakan.

2. merancang dan bertindak.

Mereka membuka akaun simpanan tetap dan terus membuat simpanan pada setiap bulan tanpa henti. Mereka bertindak mengikut matlamat yang telah dirancang.

3. disiplin.

Mereka mengelak mengambil wang dari akaun simpanan persaraan kerana mereka tahu perbuatan itu ibarat ‘mencuri’ dari kekayaan masa depan mereka.

4. membuat persediaan daripada bencana.

Mereka mengambil insuran perlindungan dari kehilangan aset penting contohnya rumah dan kereta dan juga insuran nyawa sebagai persediaan jika menghadapi bencana.

5. elakkan hutang.

Mereka membayar hutang dengan lebih awal jika boleh dan sebail-baiknya mereka cuba sedaya upaya mengelak dari berhutang.

6. jadikan pendapatan sementara kepada tetap.

Mereka melakukan demikian dengan menyimpan secara tetap.

7. berjimat.

Mereka hanya membeli apabila perlu dan sentiasa berjimat dengan wang yang ada.

8. benci berbelanja.

Mereka berbelanja sekadar yang perlu dan mereka akan menyimpan wang yang selebihnya.

9. suka menyimpan.

Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan menolong mereka pada masa depan.

10. belajar dengan pakar.

Mereka tidak malu untuk belajar dengan pakar-pakar yang telah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.

11. berfikiran positif tentang wang.

Walaupun menyimpan banyak wang, mereka bukanlah seorang yang tamak, kedekut dan menjadi hamba kepada duit sehingga lupa tanggungjawab kepada Tuhan.

12. cari peluang.

Mereka sentiasa mencari peluang untuk jana pendapatan dan menyimpan sebanyak yang mungkin.

PENDAPATAN LUMAYAN

Anda sudah menyimpan hasrat untuk menjalankan bisnes internet? Percayalah, kita mampu memperoleh pendapatan lumayan dengan menjalankan bisnes internet.

Bagaikan sudah menjadi fenomena pada zaman kini, semua orang berlumba-lumba mengusahakan bisnes internet. Pada suatu ketika dahulu bisnes internet di negara kita pernah ‘meletup’. Kesannya lahirlah ramai jutawan internet dan internet marketer di Malaysia seperti;


Rata-ratanya para jutawan internet dan internet marketer terdiri daripada orang biasa-biasa sahaja seperti pelajar, pesara, kakitangan kerajaan, suri rumah, dan penganggur, tetapi mereka menjadi ‘luar biasa’ setelah menceburi perniagaan internet. Pada mulanya taraf hidup dan tahap pendidikan mereka sederhana sahaja, namun setelah sekian lama berjinak-jinak dalam bisnes internet, taraf hidup mereka telah berubah ke tahap yang lebih baik kerana mereka telah memperoleh pendapatan lumayan hasil dari bisnes internet.

Anda jangan terkejut, ada orang yang kerja berjawatan tinggi dan bergaji tinggi tapi sanggup berhenti kerja kerana ingin menjalankan perniagaan internet sepenuh masa. Apa sebabnya? Kerana pendapatan dari internet lebih lumayan dari kerja mereka itu!

Kita tentu berasa pelik apabila ada pekerja yang makan gaji yang tak seberapa tetapi memiliki banglo mewah dan beberapa buah kereta mahal. Ataupun kita tentu berasa pelik melihatkan ada orang yang melepak sahaja 24 jam 7 hari seminggu atau asyik pergi melancong ke sana sini tetapi kita tidak pernah nampak dia pergi kerja. Betapa senangnya hidup mereka…

Memang tidak dinafikan ada orang dapat hidup senang seperti itu dengan melakukan kerja haram, tapi ada juga yang melakukan kerja halal, salah satunya bisnes online yang halal.

Sehubungan dengan itu, kita perlu mengambil peluang secepat mungkin bagi menceburi bidang ini kerana melalui internet, kita dapat mempromosi dan menjual barangan tanpa sempadan.

Gunakanlah peluang keemasan ini bagi memperoleh pendapatan lumayan hanya dari rumah. Ramai yang berjaya melakukannya, mengapa kita tidak mahu mencubanya?
















BISNES INTERNET

Sebelum ini kita telah mengetahui kelebihan-kelebihan perniagaan internet, dan sekarang saya akan berkongsi dengan anda mengapa perlunya kita menceburi bisnes internet.

Berikut adalah faktor-faktor perlunya kita menceburi bisnes internet:

  1. tidak perlu mengeluarkan kos membuat produk.

Kos pengeluaran produk telah ditanggung oleh pemilik produk atau disebut sebagai ‘merchant’ dan produk tersebut sudah tentu mempunyai nama dan terbukti mutunya di pasaran. Kita hanya menjadi ejen mempromosi produk berkenaan.

  1. kos memulakan bisnes yang rendah.

Tiada kos yang diperlukan jika kita sudah mempunyai sebuah komputer dan capaian internet. Jika kita tiada komputer dan capaian internet, kita masih boleh memulakan bisnes dengan menggunakan internet di cyber café.

  1. tiada kos atau bayaran lesen bagi menyertai bisnes internet.

Jika menyertai bisnes outline, kita mesti membayar lesen perniagaan dan juga yuran tertentu seperti yuran keahlian dan pendaftaran, tetapi lain pula dengan bisnes internet.

  1. kepelbagaian jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pelbagai jenis produk yang dijual di internet dan pada masa yang sama terdapat beribu-ribu tawaran menyertai bisnes internet. Oleh itu, kita mempunyai banyak pilihan untuk menyertai mana-mana bisnes internet yang disukai.

  1. tidak memerlukan pengalaman sebagai jurujual.

Kalau kita tidak mempunyai pengalaman melayan pelanggan, tidak mengapa kerana syarikat yang kita wakili sudah ‘melayan’ bagi pihak kita iaitu dengan memberikan bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat promosi.

  1. tidak perlu upah pekerja.

Kerja mempromosikan produk sangat senang dilakukan sendiri pada bila-bila masa. Oleh itu, tiada pekerja yang perlu diupah.

  1. tidak perlu menyimpan stok.

Soal simpanan stok telah diuruskan oleh ‘merchant’ kita. Oleh itu, kita tidak perlu menyediakan ruang untuk menyimpan produk jualan yang diwakili.

  1. tidak perlu membuat penghantaran produk.

Kerja-kerja berkaitan penghantaran produk juga telah dibereskan oleh merchant. Jadi, kita tidak perlu melakukan kerja-kerja seperti melebel, membungkus dan mengepos.

  1. tidak perlu bersusah payah memproses tempahan pelanggan.

Kita tidak perlu merekod jualan, menyemak butir-butir pembayaran dan memastikan semua prosedur pembayaran sudah diikuti sebelum menghantar tempahan. Kesemuanya dilakukan oleh merchant.

  1. bisnes 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bisnes kita tetap berjalan berterusan selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ini bermakna, kita dapat membuat duit walaupun ketika itu kita sedang nyenyak tidur.

  1. risiko rendah.

Andaikata merchant kita gagal memberi komisyen kepada kita setelah kita berjaya membuat jualan, kita tidak rugi duit kerana kita tidak pernah memberi duit kepada merchant tersebut. Kita hanya rugi masa kerana banyak masa yang dihabiskan untuk mempromosi produk yang diwakili. Justeru, tinggalkan mewakili produk merchant berkenaan dan carilah merchant yang boleh dipercayai.

  1. berpotensi menjana pendapatan yang lumayan.

Jumlah pendapatan kita melalui internet dibatasi oleh keinginan, usaha dan cita-cita. Apabila tinggi keinginan, usaha dan cita-cita kita, maka tidak mustahil kita akan memperoleh pendapatan lumayan.

  1. mengambil masa yang singkat untuk mempromosikan produk ke serata dunia.

Pasaran internet sangat luas, jadi, dalam masa yang singkat sahaja kita dapat menarik ramai pelawat ke site kita.