web counter

BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 8, 2010

APA GUNANYA INTERNET ?






Umumnya kebanyakan dari kita menggunakan Internet untuk browsing sahaja, seperti mencari maklumat atau  untuk berkomunikasi (chatting) dengan kawan-kawan. Tetapi apabila kita mendalami dengan lebih lanjut, Internet sebenarnya memberikan kita lebih dari itu, iaitu membuka peluang untuk kita menjalankan perniagaan melalui internet.

Dengan kata lain, Internet mampu memberikan kita pendapatan tambahan mahupun pendapatan tetap!

Hampir setiap orang berkeinginan memiliki perniagaan sendiri kerana ianya menyenangkan berikutan kita bebas melakukan segala sesuatu yang disukai, tidak dibatasi oleh waktu kerja, dan boleh mengembangkan perniagaan yang sesuai dengan hobi kita.

Dengan kehadiran internet, kita boleh membina perniagaan menerusi internet yang memberikan banyak kemudahan, tidak perlu memiliki modal besar, tidak perlu berhenti dari pekerjaan dan boleh memulakannya pada waktu lapang, di malam hari, pada hari cuti, dan boleh melakukannya di rumah.


Semua orang memiliki potensi yang sama di internet dan boleh berjaya. Perkara yang penting adalah kita harus mempunyai pengetahuan dan maklumat bagaimana menciptakan pendapatan melalui internet. Saya menggunakan kata "menciptakan" kerana pendapatan dari internet tidak boleh datang dengan sendirinya, sebaliknya kita sendiri yang perlu membuat salurannya.