web counter

BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 13, 2009

JUTAWAN INTERNET

Jutawan internet.. Ramai yang mengimpikannya. Untuk mencapai gelaran ini bukannya mudah. Jutawan internet bermakna seorang yang telah memperoleh pendapatan lumayan sehingga mencecah 5 angka seminggu.

Jutawan internet mempunyai matlamat yang jelas. Mereka mempunyai beberapa prinsip hidup yang mudah. Mereka sanggup bersusah-susah dahulu sebelum mengecapi kesenangan pada masa akan datang.

Namun, mengapa ramai orang biasa seperti kita yang sukar mencapai gelaran jutawan internet? Di sini saya bongkarkan 12 prinsip jutawan untuk kita ikuti bersama;

1. merancang kejayaan.

Mereka menyematkan matlamat jumlah pendapatan yang diperlukan, jumlah yang perlu disimpan di bank setiap tahun, dan jumlah modal yang diperlukan untuk persediaan persaraan. Mereka menulis jumlah-jumlah tersebut dengan jelas kerana ia menjadi asas untuk tindakan.

2. merancang dan bertindak.

Mereka membuka akaun simpanan tetap dan terus membuat simpanan pada setiap bulan tanpa henti. Mereka bertindak mengikut matlamat yang telah dirancang.

3. disiplin.

Mereka mengelak mengambil wang dari akaun simpanan persaraan kerana mereka tahu perbuatan itu ibarat ‘mencuri’ dari kekayaan masa depan mereka.

4. membuat persediaan daripada bencana.

Mereka mengambil insuran perlindungan dari kehilangan aset penting contohnya rumah dan kereta dan juga insuran nyawa sebagai persediaan jika menghadapi bencana.

5. elakkan hutang.

Mereka membayar hutang dengan lebih awal jika boleh dan sebail-baiknya mereka cuba sedaya upaya mengelak dari berhutang.

6. jadikan pendapatan sementara kepada tetap.

Mereka melakukan demikian dengan menyimpan secara tetap.

7. berjimat.

Mereka hanya membeli apabila perlu dan sentiasa berjimat dengan wang yang ada.

8. benci berbelanja.

Mereka berbelanja sekadar yang perlu dan mereka akan menyimpan wang yang selebihnya.

9. suka menyimpan.

Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan menolong mereka pada masa depan.

10. belajar dengan pakar.

Mereka tidak malu untuk belajar dengan pakar-pakar yang telah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.

11. berfikiran positif tentang wang.

Walaupun menyimpan banyak wang, mereka bukanlah seorang yang tamak, kedekut dan menjadi hamba kepada duit sehingga lupa tanggungjawab kepada Tuhan.

12. cari peluang.

Mereka sentiasa mencari peluang untuk jana pendapatan dan menyimpan sebanyak yang mungkin.

0 comments: