web counter

BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 13, 2009

PENDAPATAN SAMPINGAN

Adakah kita tercari-cari pendapatan sampingan yang bertepatan dengan kehendak kita? Iaitu memberi pulangan yang berpatutan, masa yang fleksibel, tidak terlalu meletihkan, dekat dengan tempat kerja, tidak dikongkong, sesuai dengan minat dan kepakaran kita, dan melakukan kerja yang mudah..

Sebenarnya ada banyak pendapatan sampingan yang terhidang di luar sana contohnya dengan bekerja part time di restoran, membuka gerai kecil-kecilan, menjadi ejen sesuatu produk, membuat pembungkusan di rumah, mengajar tuisyen dan membaiki komputer. Tetapi adakah itu semua sesuai dengan kehendak kita?

Cuba kita tanya diri sendiri; adakah kerja itu boleh dianjak masa jika kita sibuk, fizikal dan mental kita tidak letih semasa dan selepas melakukan kerja itu, tidak perlu jalan jauh-jauh untuk melakukan tugasan, kita bebas membuat kerja tanpa dikongkong oleh bos dan pelanggan tidak buat hal, kita minat atau kita pakar dengan kerja itu, proses kerja itu sangat senang, dan pendapatannya munasabah? Mungkin tidak semuanya kita menjawab ‘ya’ bagi pertanyaan berkenaan.

Kita juga mungkin pernah mencari pendapatan sampingan melalui enjin carian seperti Google, Yahoo dan MSN. Kebanyakan pendapatan sampingan yang tertera adalah melalui perniagaan internet. Tetapi kita prejudis dengan segala bentuk perniagaan ini.. bimbang kena tipuu… Memang tidak dinafikan pada mulanya saya juga begitu. Segala tawaran perniagaan internet yang datang saya tolak ke tepi. Lama kelamaan, apabila saya semakin pokai, hati saya mula terdetik untuk menceburi perniagaan internet. Tapi, saya tidak mahu ditipu!

Kita semua tidak mahu ditipu. Dunia internet sangat bahaya jika kita tidak berhati-hati. Jadi, bagaimana caranya untuk kita memperoleh pendapatan sampingan melalui perniagaan internet tanpa kena tipu? InsyaAllah kita tidak akan tertipu sekiranya kita mempelajari selok-belok perniagaan internet. Anda boleh ikuti blog ini untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang selok-belok perniagaan internet.

0 comments: