web counter

BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 13, 2009

PERNIAGAAN INTERNET

Apabila anda sudah mengkaji baik buruk pendapatan sampingan yang tersedia, kini tiba masanya anda mengkaji pendapatan sampingan melalui perniagaan internet pula.

Di Malaysia, penggunaan internet berkembang sangat pantas. Buktinya ada di bawah ini:

Merujuk kepada statistik di atas, didapati penggunaan internet di Malaysia pada tahun 2000 ialah 3,700,000 dan telah meningkat secara mendadak kepada 16,902,600 pada tahun 2007! Malah, Malaysia adalah antara negara tertinggi penggunaan internetnya di benua asia! Oleh itu, tidak mustahillah kita mampu jana pendapatan dengan menjalankan perniagaan internet.

Okey, sekarang mari kita tinjau kelebihan perniagaan internet:

  1. perniagaan yang mudah dimulakan tanpa had.

Kita tidak perlukan pejabat atau menyewa kedai dan menyimpan stok. Apa yang perlu ada hanyalah sebuah komputer, capaian internet dan site contohnya website atau blog. Kita juga boleh memulakan pelbagai bisnes internet yang diingini dengan memulakannya pada bila-bila masa yang kita fikirkan sesuai.

  1. perniagaan tanpa sempadan.

Kita hanya berniaga dari rumah tetapi pasaran internet membolehkan kita berhubung dengan pembeli dari seluruh pelusuk dunia. Kita boleh menjual produk kita ke Indonesia, Jepun, Australia, London, dan Amerika.

  1. kos permulaan yang rendah.

Kos yang dimaksudkan ialah kos mempromosi site kita. Kita boleh mempromosikan secara percuma melalui e-mel, blog, article directories, forum, Yahoo Groups, dan sebagainya. Atau, kita juga boleh memilih cara berbayar seperti Google Adwords.

  1. kita yang tetapkan masa untuk perniagaan internet kita.

Dalam bisnes internet, kitalah bos dan kitalah pekerja. Oleh itu, kita bebas menetapkan waktu bekerja mengikut kehendak kita.

  1. perniagaan yang membolehkan kita bekerja dari keselesaan rumah.

Kita tidak perlu keluar bekerja dalam cuaca yang panas terik atau hujan lebat. Kita juga tidak perlu menghadapi pelbagai kesukaran dan risiko kemalangan semasa perjalanan ke tempat kerja kerana kita hanya bekerja di rumah. Tiada siapa yang akan marah jikalau kita membuat kerja sambil menyandar atas sofa, baring atas katil, sambil makan, atau sambil tertonggek atas bangku.

  1. perniagaan tanpa had waktu.

Inilah keunikan bisnes internet. Perniagaan kita berjalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa henti! Kita tidak perlu menutup perniagaan kerana cuti umum sebagaimana perniagaan outline. Jurujual outline yang hebat pun tidak dapat melakukan perkara sebegini.

  1. perhubungan dengan pelanggan yang lebih baik.

Kita dapat memberikan maklumat tentang produk kita kepada bakal pelanggan dengan lebih tepat dan jelas. Jika mereka tidak membuat pembelian pada lawatan kali pertama, kita boleh terus memberikan maklumat yang positif tentang produk kita sehingga mereka bertukar menjadi pelanggan.

  1. pasaran yang luas.

Pasaran internet meliputi semua zon dan semua pengguna internet. Sebagai contoh, bagi perniagaan outline, adalah agak janggal bagi seorang lelaki datang ke kedai kita untuk membeli produk khusus untuk wanita seperti pakaian wanita. Sebaliknya di internet, terdapat ramai golongan lelaki yang mencari-cari pakaian wanita untuk dihadiahkan kepada pasangan masing-masing.

  1. produk tanpa had.

Oleh kerana kita tidak perlu menyimpan stok, maka kita boleh menyertai sebanyak mungkin bisnes internet dan mempromosikan pelbagai jenis produk yang diingini tanpa had.

  1. boleh menguji produk baru dengan mudah.

Kita bebas menguji sesuatu produk sama ada mempunyai permintaan atau tidak. Jika produk tersebut tidak mendapat sambutan, kita boleh buang, dan jika ada produk lain yang mendapat permintaan yang tinggi, kita boleh tambah ke site kita.

  1. dapat bertukar-tukar maklumat.

Kita dapat saling bertukar maklumat tentang produk kita dengan pelawat site kita dengan begitu pantas dan berkesan, seterusnya meyakinkan pelawat tentang produk kita.

0 comments: