web counter

BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 14, 2009

DUIT ONLINE

Kita semua inginkan banyak duit online. Jika anda belum ada produk untuk dijual, sila baca artikel saya yang bertajuk jana pendapatan. Dalam artikel jana pendapatan, anda boleh mempelajari cara mengenalpasti produk yang berpotensi untuk dijual. Setelah mengenalpasti produk yang berpotensi untuk dijual, kita bolehlah meneruskan rancangan untuk buat duit online.

Kebanyakan dari kita yang baru berjinak-jinak dengan bisnes internet tidak bertindak dengan bijak, terlalu terburu-buru dan melakukan tindakan yang kabur. Mengapa saya berkata demikian?

Ramai dari kalangan kita yang sebaik sahaja sudah memilih produk untuk dijual contohnya vespa, kita akan membuat website atau blog untuk mempromosikannya. Dalam website atau blog ini, kita menulis tajuk mengikut cita rasa kita contohnya ‘jom mengembara’, ‘pengalamanku’, ‘barang baik punya’, ‘belilah produkku ini’, dan sebagainya. Isi kandungan pun kita tulis sesuka hati. Jika kita menulis tajuk dan isi kandungan seperti ini, adakah produk vespa kita akan laku?

Cuba bayangkan bahawa website atau blog kita adalah sebuah kedai, manakala tajuk website atau blog kita merupakan nama perniagaan yang terpampang besar di hadapan kedai. Kita menjual vespa dan dalam masa yang sama Abu juga menjual vespa. Kita meletakkan nama perniagaan ‘jom mengembara’ manakala Abu meletakkan nama perniagaan ‘vespa antik’. Hendak dijadikan cerita, Pak Ali adalah seorang peminat vespa dan ingin membeli vespa. Pak Ali pun merayau-rayau mencari kedai yang ada menjual vespa kerana beliau tidak tahu kedai mana satu yang menjual vespa. Antara kedai yang kelihatan di kejauhan ialah kedai ‘jom mengembara’ di sebelah kanannya dan kedai ‘vespa antik’di sebelah kirinya. Sekiranya kita adalah Pak Ali, tanpa berfikir panjang kita akan terus ke kedai ‘vespa antik’ kerana kita fikir jika nama kedai ada tertulis perkataan ‘vespa’, maka sudah tentu kedai tersebut menjual vespa. Sebaliknya kita tidak tahu kedai ‘jom mengembara’ menjual barangan apa kerana nama kedai tersebut langsung tidak menggambarkan barang yang dijual di kedai itu. Anda sudah faham maksud saya?

Dalam dunia internet, terdapat 3 golongan manusia, iaitu golongan yang menjual khidmat atau produk, golongan yang ingin membeli khidmat atau produk, dan golongan yang hanya mencari informasi. Bagi menjalankan bisnes internet, sasaran kita mestilah jelas; kepada siapa kita mahu menjual produk tersebut? Sudah semestinya kepada sesiapa yang mahu membeli produk tersebut! Jika kita mahu mengail ikan, letaklah umpan makanan yang disukai ikan, takkan pula kita nak letak umpan makanan kegemaran kita.

0 comments: