web counter

BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 14, 2009

BEKERJA DARI RUMAH

Pada kali ini saya akan membawa anda berfikir tentang kemungkinan masa depan kita yang tidak diduga. Cuba kita bayangkan, pada setiap minggu kita melakukan rutin seperti biasa, setiap hari Isnin hingga Khamis kita pergi kerja dan balik kerja, selepas pulang kerja, kita berehat di rumah dan tidur awal untuk bersedia pergi kerja esok hari. Manakala hari minggu pula kita menghabiskan masa bersama keluarga atau kawan-kawan, melepak, berjalan-jalan, membeli-belah dan sebagainya. Rutin seperti ini berulang-ulang pada setiap minggu.

Namun pada suatu hari sewaktu kita dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiba-tiba suatu kejadian yang tidak diduga telah berlaku. Sebuah treler yang dipandu laju datang ke arah kita dan melanggar kita. Sejurus selepas itu kita terbaring di atas jalan raya tidak sedarkan diri. Sedar-sedar sahaja, kita sudah berada di hospital. Kita memerhatikan sekeliling…memang sah! Inilah hospital. Kita memerhatikan pula tubuh kita…lebam-lebam dan berbalut pada sebahagian tempat. Kemudian kita menyelak selimut untuk melihat anggota badan bahagian bawah…AIK?! MANA KAKI? Kita memerhatikan betul-betul..ARGGHH…!! MEMANG TIADA KAKI!! Rupanya kaki kita terpaksa dipotong dan kita juga mengalami komplikasi-komplikasi yang lain.

Sejak dari hari itu, rutin mingguan kita telah berubah. Kita tidak lagi ke tempat kerja kerana ketiadaan kaki serta mengalami beberapa komplikasi. Kita hanya duduk di rumah 24 jam sehari 7 hari seminggu. Punca pendapatan kita telah hilang. Kaum keluarga rasa terbeban kerana terpaksa berkongsi pendapatan mereka untuk menyara kita. Bagaimana kita dapat sara hidup sendiri sedangkan kita tiada kaki dan sakit? Dapatkah kita bekerja dari rumah?

Memang tiada siapa yang mahu kejadian malang itu berlaku. Saya bukanlah menyuruh kita merisaukan masa depan apatah lagi mendoakan kejadian malang berlaku. Saya cuma menyarankan agar kita berfikir untuk merancang sesuatu sebelum keadaan tidak diingini benar-benar berlaku. Sebagaimana kita mengambil insuran kebakaran, jika rumah kita terbakar, sekurang-kurangnya berkuranglah sedikit beban kita mencari rumah baru setelah pihak insuran membayar pampasan.

Saya tertarik membaca suatu berita tentang seorang gadis India yang lumpuh dan terpaksa berada di atas katil sepanjang masa tetapi dalam masa yang sama beliau dapat menjana pendapatan lumayan pada setiap bulan. Beliau menjana pendapatan dengan hanya membeli buku tentang saham, membaca buku tersebut, dan bermain saham menerusi internet.

Selepas membaca berita tersebut, saya mula terfikir…jika saya juga lumpuh sepertinya, bagaimana saya dapat sara hidup sendiri? Bermula dari titik tolak inilah saya mula mempelajari cara cari duit dari internet. Saya berazam tidak mahu membebankan orang lain dan akan cuba menyara hidup sendiri.

Kesimpulannya, andaikata kita tidak terdaya lagi untuk keluar rumah, bekerja dari rumah menjadi 100% kepentingan bagi kita.

0 comments: